Sukan

Eksperimen Mora berjaya

Eksperimen yang dilakukan ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora, dalam percaturan taktikalnya ternyata berhasil selepas skuad Harimau Selatan itu menewaskan Sabah FC 3-0 dan sah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia selaku juara Kumpulan D semalam.

Bagaimanapun, Mora mengakui sistem yang digunakan dalam perlawanan di Iskandar Puteri itu — di mana Corbin Ong dan Arif Aiman Hanapi diletakkan di posisi pertahanan sayap — masih memerlukan masa untuk diadaptasi pasukannya.

Mengulas mengenai pemilihan formasi 3-4-3 berbanding 4-3-3 yang sering digunakannya, pengendali kelahiran Mexico itu berkata dalam sidang media: Kami sedang mencuba perkara baru.

“Kami sedang mencuba mengembangkan sistem ini kerana kami mahu berev0lusi sebagai satu pasukan.”Beberapa pemain sedang melalui perubahan posisi, jadi mereka sedang cuba menguasai peranan baru yang diberikan kepada mereka.

sumber:-mastro arena

“Tetapi daripada segi prestasi, saya amat gembira dengan pemain saya,” katanya.JDT seterusnya akan berdepan Petaling jaya City FC dan Kelantan FC bagi dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan walaupun telah mengesahkan kemaraan dengan kelebihan tujuh mata di tangga teratas.