Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah boleh dianggap sebagai ‘pakar’ dalam aspek padang bola sepak.

Ia selepas pemilik akaun Twitter, Azman Naim 44 Mantra mendedahkan bahawa dia terkejut apabila Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) boleh perasan walaupun rumput di Stadium Sultan Ibrahim panjang 1 milimeter (mm).

Semalam saya menghadap TMJ di Stadium JDT. Saya sempat ikut TMJ pusing check (pantau) padang sebelum TMJ berangkat balik.

“Satu yang aku pelik, TMJ boleh perasan rumput itu panjang 1 mm. Tak payah ukur, memang betul panjang 1 mm. Memang TMJ master dah bab padang,” tulis Azman di Twitter miliknya.

sumber:- BH

Malah, ciapan itu turut dikongsikan TMJ menerusi akaun Twitter milik beliau sambil menulis: “Pening kepala Mat Salleh jaga padang”.