Sukan

Sah tidak akan teruskan baki Saingan Piala Malaysia

Malang menimpa juara Liga Perdana, Negeri Sembilan FC (NSFC) apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Malaysia musim ini yang dijadualkan disambung semula pada 29 Oktober ini.

Ia gara-gara empat pegawai dan 20 pemain skuad itu disahkan dijangkit! C0VID-19 dan sedang menjalani kuarant!n wajib di rumah sambil dipantau Kementerian Kesihatan (KKM) selama 10 hari.

NSFC dalam kenyataan, hari ini, menjelaskan ujian pengesanan C0VID-19 secara berterusan sedang dilakukan bagi kontak rapat pemain dan pegawai yang terbabit.

Demi menjaga keselamatan semua pihak serta mengambil berat di atas nasihat yang diberikan oleh doktor pasukan, pihak NSFC ingin memohon setinggi-tinggi kemaafan kepada penyokong pasukan kerana hal ini turut menyebabkan pembatalan perlawanan persahabatan men3ntang Kuching City FC yang sepatutnya diadakan pada 20 Oktober 2021.

“Pasukan Negeri Sembilan FC tidak dapat meneruskan baki saingan Piala Malaysia untuk musim 2021. Pihak NSFC juga berharap agar penyokong memberi sokongan dan mendoakan kesejahteraan pemain dan pegawai pasukan,” kata kelab itu.

Berdasarkan peraturan baharu ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), sekiranya terdapat kes positif C0VID-19 dalam mana-mana pasukan dan jika keseluruhan individu dalam pasukan itu diarah kuarant!n, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

BH Sukan sebelum ini melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam menjelaskan peraturan itu terpaksa diperkenalkan susulan tempoh masa singkat untuk menghabiskan saingan Piala Malaysia musim ini selain terdapat kontrak pemain juga akan berakhir pada November ini.

NSFC berada di kedudukan ketiga Kumpulan C dengan mengumpul tiga mata selepas mengharungi dua perlawanan dan mereka sepatutnya men3ntang Kedah Darul Aman FC (KDA) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada 29 Oktober ini.

sumber:- BH

Justeru, dengan pengumuman dari NSFC itu menyaksikan hanya tinggal KDA, Melaka United dan Kelantan United yang akan meneruskan baki saingan musim ini dalam Kumpulan C.