Striker Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani menegaskan peluang untuk Kelantan mara ke suku akhir masih belum tertutup meskipun dilihat sebagai pasukan bukan pilihan jika dibandingkan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabah FC dan PJ City FC dalam Kumpulan D.

Malah, skuad The Red Warriors tidak ketinggalan jauh dengan lawan lain apabila meraih satu mata selepas dua perlawanan selain percaya pasukan mampu mencipta kejutan sekiranya mereka kekal fokus memburu kemenangan berterusan selepas ini.

Peluang Kelantan masih ada dan dengan kedudukan sekarang, kita tidaklah terlalu jauh apabila PJ City juga meraih satu mata dan Sabah dengan dua mata setakat ini.

“Kalau kita beri komitmen lebih 100%, saya percaya tiada mustahil untuk pasukan membuat sesuatu dan meraih keputusan positif selepas ini. Dengan bimbingan dari jurulatih Rezal sekarang, kami semua senang nak faham apa yang dia nak, jadi tiada masalah untuk kami menerapkan apa yang diarahkan terutamanya pemain-pemain muda yang selesa dengan beliau,” katanya.

Kelantan ketika ini berada di tangga tercorot Kumpulan D dengan satu mata manakala JDT di kedudukan teratas selepas menang dua perlawanan berturut-turut diikuti Sabah di tangga kedua dan PJ City di tangga ketiga.

Jelas penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini itu lagi, dia sudah bersedia kembali memperkuatkan pasukan selepas diketepikan dalam perlawanan ketiga Piala Malaysia men3ntang PJ City akibat berdepan kec3deraan harmstring pada aksi pertama menentang JDT.

Bekas pemain Penang FC itu kini hampir pulih sepenuhnya apabila sudah kembali berlatih di padang bersama pasukan dan bersedia untuk diturunkan pada 29 Oktober ini.

“Saya dah boleh kembali ke padang untuk berlatih, cuma sekarang bergantung kepada diri saya sendiri untuk tengok adakah masih ada rasa sakit atau tidak sebab kalau nak ikutkan, saya memang dah pulih sepenuhnya.

“Masa mula-mula c3dera, memang sedih juga sebab ini kec3deraan pertama yang saya alami, apatah lagi ketika bersaing di pentas Piala Malaysia, tetapi benda dah jadi, sekarang saya nak fokus betul-betul agar dapat main balik lawan PJ City nanti.

sumber:- HM

“Tambahan pula, pasukan akan berdepan aksi persahabatan menentang Terengganu FC selepas ini, jadi mungkin saya akan diturunkan dalam perlawanan itu terlebih dahulu untuk lihat balik sejauh mana tahap kecergasan saya”.