‘Lupakan de Paula, pakai yang lain!’
Itu pandangan bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar ketika diminta mengulas sama ada striker naturalisasi negara, Guilherme de Paula masih relevan untuk memp3rtajam Harimau Malaya dan perlu ‘diangkut’ ke Singapura untuk aksi Piala AFF 2020, Disember ini.
Bekas pemain Selangor itu menegaskan kemampuan yang ada pada pemain kelahiran Brazil itu tidak mencukupi untuk bersaing di pentas antarabangsa sekalipun statistik membuktikan dia muncul penjaring terbanyak skuad negara pada tahun ini dengan dua gol.
Kalau setakat katakan dia jaringkan gol, penjaga gawang pun ada yang jaringkan gol tetapi kalau dia bolos, adakah kita panggil dia penjaga gol yang baik? Dalam bola sepak moden, bukan jaringkan gol semata-mata tetapi kena bermain sebagai satu unit.
Kita lihat dia main pun tidak bersungguh-sungguh. Menjaringkan gol sahaja tidak cukup kerana banyak lagi perkara yang perlu dia tunjukkan di atas padang. Kesungguhan beraksi demi negara itu amat penting.
Mungkin dia tidak faham peranan sebagai pemain kebangsaan. Anda dipilih kerana kehebatan di peringkat kelab tetapi benda itu tiada apabila di peringkat antarabangsa. Kelab dan negara adalah dua perkara berbeza.
Mungkin dia menyerlah di peringkat kelab tetapi kemampuan yang dia ada tidak cukup untuk peringkat antarabangsa. Jadi, tidak perlulah kita harapkan dia pada Piala AFF 2020 nanti.
“Lebih baik kita letakkan sahaja pemain muda yang kita tahu sudah pasti bermain dengan penuh semangat untuk mewakili negara,” katanya.
Sebagai rekod, skuad kebangsaan menjaringkan empat gol dalam tujuh perlawanan yang diharungi pada 2021 setakat ini dan de Paula menghasilkan dua gol buat skuad negara dalam tempoh itu.
Satu gol dihasilkan pada penampilan pertamanya dalam aksi latihan men3ntang Kuwait yang berakhir dengan kekalahan 4-1 sebelum gol kedua menerusi sepakan penalti ketika menentang Vietnam.
Terdahulu, BH Sukan melaporkan jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim menjelaskan khidmat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu masih relevan untuk ditagih pada ‘Piala Dunia Asia Tenggara’ yang akan berlangsung di Singapura.
Sumber : BH
Bagaimanapun, jurulatih Kuching City FC itu menegaskan pentas Piala AFF 2020 itu perlu dijadikan ‘talian hayat’ terakhir buat penyerang berusia 34 tahun sama ada boleh terus mewakili skuad negara ataupun tidak selepas ini.