Sukan

Keputusan seri kejayaan besar untuk Malaysia

Jika pasukan Jordan dilihat mantap hingga berjaya memb3lasah skuad negara 4-0 pada Rabu lalu, satu lagi lawan yang bakal dihadapi malam ini pastinya lebih mengg3runkan.

Uzbekistan yang bakal ditemui pada aksi persahabatan kedua di Stadium Antarabangsa Amman, di Jordan dijangka tampil lebih ampuh terutama di jentera depan, dengan barisan pertahanan negara tidak boleh mengulangi kesilapan mudah seperti ketika men3ntang Jordan.

Petanda itu dapat dilihat berdasarkan kepada senarai pemain yang dipanggil pengendali Uzbekistan, Srecko Katanec apabila beliau menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 pemain yang berpangkalan di luar negara termasuk bintang AS Roma di Serie A, Eldor Shomurodov.

Selain itu, stirker Bate Borisov dari Liga Belarus, Shakhboz Umarov turut tersenarai untuk memberi isyarat betapa benteng pasukan negara yang diketuai Aidil Zafuan Abd Radzak bakal sibuk sepanjang 90 minit perlawanan itu.

Mujur seorang lagi ayam tambatan iaitu Jasur Yakhshiboev yang beraksi buat kelab Sheriff Tiraspol tidak beraksi ekoran kec3deraan, di mana Jasur mel3dak gol ketika men3ntang Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada 29 September lalu.

Bagi bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh atau Shebby, keputusan seri boleh dianggap satu kejayaan buat pasukan negara jika ia dapat dilakukan malam ini.

Katanya, kedudukan Uzbekistan di ranking ke-84 dunia berbanding Malaysia di tangga 154 juga menunjukkan tahap bola sepak negara dibandingkan dengan lawan itu.

‘Tak kiralah kalau nak kena ‘parking bas’ ke, main tak cantik ke atau main langsung tak guna striker ke, bagi saya kalau kita dapat seri tanpa jaringan dengan Uzbekistan adalah satu kemenangan dan kejayaan.

Kita tak boleh harap nak menang kerana kita kena sedar kemampuan kita. Jadi yang penting sekarang, pertahanan jangan buat kesilapan mudah dan fokus sepenuhnya.

“Kena ingat striker Uzbekistan bukan macam Jordan atau UAE (Emiriah Arab Bersatu yang ditemui pada Kelayakan Piala Dunia 2022 Jun lalu), tapi kali ini lebih bagus dan efektif di depan gol,” katanya.

sumber:- HM

Untuk rekod, skuad Harimau Malaya tewas kesemua lima perlawanan dengan Uzbekistan di pentas antarabangsa sejak 1994.