Pemain tengah berusia 35 dan berstatus Pemain kacukan yang pernah membuat penampilan sebanyak satu kali bersama skuad kebangsaan iaitu Natxo Insa  telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga tahun 2022 sepertimana dimaklumkan oleh platform media sosial Johor Darul Ta’zim (JDT), pada hari ini.

Majlis menandatangani lanjutan kontrak selama setahun oleh Natxo itu turut disaksikan oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards sambil ditemani oleh Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora yang dilangsungkan di Ibu Pejabat JDT.

Ini bermakna, Natxo akan memasuki tahun keenam beraksi bersama kelab gergasi bola sepak Malaysia pada tahun hadapan.

Untuk makluman semua, Natxo lahir di Sepanyol namun mempunyai pertalian darah menerusi neneknya mula menyertai JDT pada pertengahan tahun 2017.

Sepanjang beraksi bersama JDT, Natxo meraih pelbagai kejuaraan seperti lima kali juara Liga Super, empat kali juara Piala Sumbangsih dan dua kali juara Piala Malaysia.

Sebagai tambahan, sebelum menyertai JDT, Natxo yang memulakan kariernya pada tahun 2006 banyak berkelana dalam saingan Liga Sepanyol dengan menyertai kelab seperti Valencia, Villarreal, Celta dan lain-lain lagi.

sumber:- sportmalaya.com

Sepanjang 2006 hingga 2017, Natxo hanya beraksi selama setahun sahaja di luar negaranya dengan menyertai kelab berpangkalan di Liga Turki iaitu Antalyaspor pada saingan musim 2013-14.