Sukan

Sabah FC terpaksa Lupakan Saddil Ramdani

SABAH FC terpaksa melupakan khidmat pemain import dari Indonesia Saddil Ramdani dalam saingan Piala Malaysia musim ini selepas beliau mengalami kec3deraan pangkal paha yang serius.

Pengurus Sabah FC, Marzuki Nasir berkata, perkara itu disahkan pakar b3dah ortop3dik Hospital KPJ Damansara, Dr Gan Eng Cheng.

Marzuki berkata Saddil, pemain sayap skuad kebangsaan Indonesia berusia 22 tahun itu perlu mendapatkan rawatan susulan dan terpaksa berehat sekurang-kurangnya tiga bulan atas nasihat doktor jika ingin pulih sepenuhnya daripada kec3deraan.

“Kec3deraan ini dialaminya sejak lima perlawanan terakhir saingan Liga Super. Pihak pengurusan amat mengharapkan agar Saddil dapat segera pulih 100 peratus untuk menghadapi saingan Liga Super 2022,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Marzuki berkata, walaupun ketiadaan Saddil menjejaskan sedikit perancangan Sabah FC dalam kempen Piala Malaysia, namun apa yang penting Saddil dapat pulih seratus peratus bagi menghadapi kempen Liga Malaysia musim depan.

sumber:- SH

Saddil telah menjaringkan tiga gol, melakukan empat bantuan gol dan bermain dalam 18 perlawanan melalui penampilan musim pertama Liga Super bersama skuad ‘The Rhinos’ tahun ini. – Bernama