Sukan

PM umum berita gembira untuk semua

‘Pemain ke-12’ kembali akan mewarnai kancah bola sepak tempatan selepas penyokong dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan di stadium mulai Jumaat ini.

Perkembangan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan, hari ini.

Ismail berkata kebenaran itu diberikan selepas tiada lagi negeri yang berada dalam Fasa 1 susulan Kedah yang beralih dari Fasa 1 kepada Fasa 2 sekali gus menyaksikan beberapa kelonggaran baharu dibenarkan.

Membenarkan kehadiran penonton/penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4. Kehadiran ini meliputi sebelum, semasa dan selepas acara sukan serta rekreasi.

Sumber:- BH

“Dengan syarat, penonton/penyokong sudah menerima vaksinas! lengkap, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium. “Kanak-kanak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk menonton perlawanan di tempat acara sukan berlangsung,” katanya.