Sukan

Peminat menanti progress Projek perintis

ESOK secara rasmi kejohanan bola sepak tertua di rantau Asia Tenggara – Piala Malaysia membuka tirainya. Sudah tentu, kesemua pemegang taruh terlibat tidak sabar menantikan aura Piala Malaysia selepas tidak dilangsungkan musim lalu ekoran pand3mik C0vid-19.

Sebanyak 16 pasukan berentap memburu Piala Malaysia musim ini yang juga bakal menjadi sambutan ulang tahun ke-100 trofi berprestij itu. Johor Darul Ta’zim (JDT) juara edisi 2019 mengetuai senarai 11 pasukan Liga Super selain lima lagi wakil daripada Liga Premier bagi melengkapkan kuota.

Namun, satu persoalan yang masih menjadi tanda tanya, bilakah peminat dan penyokong bola sepak khususnya ‘kaki bola’ dibenarkan kembali memasuki stadium? Sehingga kini, mereka masih lagi setia menunggu ‘lampu hijau’ daripada pihak kerajaan.

Malah, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selaku badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) juga masih tertunggu-tunggu perkhabaran gembira dari Putrajaya. Jika diikutkan, MFL sudah bersedia dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk kembali ‘membawa masuk’ penonton ke stadium.

Bukan sahaja MFL, kesemua pengurusan pasukan juga sudah bersedia menerima ‘kepulangan semula’ penyokong masing-masing ke stadium. Berdasarkan pengalaman dalam beberapa perlawanan sebelum ini, mereka percaya mampu untuk mengawal kehadiran penonton ke stadium dengan SOP yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, penantian mereka tampak tidak akan berakhir dalam masa terdekat apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, kehadiran penonton ke stadium atau venue sukan dan rekreaksi di kawasan fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditangguh sementara.

Jika diimbas kembali, stadium kembali bergema dengan sorakan gegak gempita penyokong bola sepak apabila kerajaan membenarkan kehadiran penonton ke stadium pada awal April lalu, lebih setahun selepas Liga-M terpaksa ditangguhkan pada 16 Mac 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

sumber:- SH

Dua perlawanan Liga Super membabitkan pertemuan JDT men3ntang Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 2 April dan Kuala Lumpur City FC berdepan Sabah FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 3 April dijadikan sebagai projek perintis bagi kemasukan penonton ke stadium.