Tindakan ‘ala samseng’ pegawai dan pemain Sarawak United akhirnya menerima padah apabila tiga pemain dan tiga pegawainya termasuk pengendali pasukan E Elavarasan digantvng serta didenda dengan nilai keseluruhan berjumlah RM43,000.

Keputusan itu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu dalam mesyuarat kali keempat bagi penggal 2021-2025 yang diadakan secara dalam talian, semalam.

Paling dinantikan sudah tentunya hukuman terhadap penjaga gol Sarawak United, Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang dikatakan pencetus kepada insid3n meny3rang pengadil ketika aksi men3ntang Negeri Sembilan FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 10 September lalu.

Sharbinee yang juga bekas penjaga gol kebangsaan didapati melakukan dua kesalahan apabila melanggar Artikel 50.1(d) dan Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang menyaksikan dia digantvng lima aksi serta denda RM7,000.

Penggantungan lima perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik yang dikenakan ke atas pemain ini adalah seperti berikut, tertakluk kepada sebarang pindaan jadual perlawanan oleh pihak penganjur.

Pertama digantvng perlawanan Liga Perdana 2021, Johor Darul Ta’zim II lawan Sarawak United FC pada 21 September ini.

Baki penggantvngan empat lagi perlawanan adalah berkuatkuasa serta-merta pada empat perlawanan rasmi Liga Malaysia yang berikutnya sama ada musim yang sama atau musim hadapan (tidak termasuk perlawanan persahabatan dan pertandingan bukan kelolaan FAM/MFL/AFL) tanpa mengira mana-mana pasukan pemain ini didaftarkan.

“Pemain ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” kata Baljit.

Dua lagi rakan sepasukannya, Mohammad Amer Saidin dan Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzli masing-masing digantung dua dan empat perlawanan bermula aksi dengan JDT II, Selasa ini.

Nasib malang turut diterima dua pegawai pasukan di mana Rudy Bujang digantvng selama enam bulan dan denda RM10,000 serta Abang Fomay Abang Sa’adeli yang digantvng dua aksi dan RM10,000.

Sementara itu, Baljit turut memutuskan Elavarasan bersalah kerana melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama dengan Artikel 7 Statut FAM (Tatalaku Badan dan Pegawai) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan kepada Media) atas tindakannya yang membuat kenyataan semasa temu ramah selepas perlawanan tanpa kebenaran FAM.

Kesalahan bekas pengendali PKNS FC itu menyaksikan beliau digantvng selama 12 bulan serta denda RM10,000.

Bagaimanapun, Elavarasan boleh menarik nafas lega apabila Jawatankuasa Tatatertib memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM di mana hukuman penggantvngan itu adalah ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik pegawai ini selama 12 bulan.

Jika kesalahan yang sama berulang dalam tempoh 12 bulan selepas penangguhan penggantungan, maka hukuman penggantvngan 12 bulan tersebut akan dikuat kuasakan serta-merta terhadap beliau.

sumber:- HM

“Pegawai ini juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu,” katanya.