Sukan

Tidak boleh sentuh pengadil

Hukuman penggantungan adalah asas biasa buat mana-mana pemain yang didapati menyentuh, menolak mahupun menvmbuk pengadil seperti mana yang terdapat dalam peraturan pertandingan bola sepak di seluruh dunia.

Malah, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga sering menggunakan hukvman sama buat pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) yang didapati bersalah melakukan tindakan agresif itu.

Menurut bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah, s3rangan pemain dan pegawai pasukan Sarawak United ketika aksi men3ntang Negeri Sembilan FC dalam Liga Perdana di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pada Jumaat lalu boleh berdepan hukuman penggantungan.

Begitupun, tempoh penggantungan itu tertakluk kepada peraturan dan hasil siasatan yang dibuat dengan melihat sejauh mana seriusnya insid3n berkenaan.

“Saya ada lihat insid3n itu di televisyen dan daripada tindakan pemain Sarawak United itu, pemain tak boleh bertindak agresif seperti itu. Ia salah sama sekali, di mana tindakan pemain berkenaan amat agresif.

”Bentuk hukuman kepada tindakan itu biasanya boleh kena gantung daripada bermain. Mungkin tindakan pemain dan pegawai itu kerana tak puas hati dengan keputusan pengadil, namun dalam peraturan dah jelas yang pengadil tidak boleh disentuh. Tapi apa yang dibuat mereka adalah menolak dan cuba nak bertindak agresif,” katanya kepada Arena Metro.

Dalam aksi itu, pemain dan pegawai Sarawak United bertindak ‘ala mafia’ apabila meny3rang pengadil selepas berakhirnya perlawanan yang berkesudahan Negeri Sembilan menang 1-0.

Malah menerusi laporan Arena Metro semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S Sivasundaram berjanji akan menyiasat dengan adil kepada semua pihak termasuk pengadil, pegawai pasukan dan pemain dalam membuat keputusan berhubung insiden itu.

Beliau yang juga Timbalan Presiden FAM mengakui akan menilai secara terperinci mengenai laporan daripada penilai pengadil bagi memastikan tindakan atau hukuman yang adil dapat diputuskan.

Jelas Kamarudin lagi, hukuman berat perlu dikenakan sebagai pengajaran berguna buat pemain lain agar tidak mengulangi sekaligus menghormati institusi pengadilan.

sumber:- HM

“Saya setuju hukuman berat perlu dikenakan. Kita tidak mahu ada lagi pemain ulang benda sama,” katanya.