Sukan

Kad merah memang tepat

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram menegaskan kad merah yang dilayangkan kepada penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee adalah keputusan yang tepat daripada pengadil, Muhammad Kamil Zakaria.

Dalam satu kenyataannya, Sharbinee diperintah keluar padang selepas menerima kad merah kerana didapati berkelakuan g@nas dan keputusan dibuat mengikut lunas undang-undang yang diperuntukkan.

Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil mengesahkan bahawa keputusan pengadil perlawanan pada malam itu adalah tepat (sepakan penalti + kad merah).

Perkara ini adalah selari dengan lunas Undang-Undang Bola Sepak 21/22 yang digariskan oleh Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) di bawah Undang-undang 12.

“Dalam lunas Undang-Undang Bola Sepak 21/22, di bawah Undang-undang 5 juga ada menyatakan bahawa keputusan pengadil adalah muktamad,” katanya.

Justeru, Sivasundaram yang juga Timbalan Presiden FAM itu mengingatkan semua pemain dan pegawai pasukan agar menyalurkan aduan atau bantahan mereka melalui saluran yang betul.

Tindakan agresif dan meny3rang pegawai perlawanan adalah sesuatu yang ditegah serta mencemarkan imej bola sepak Malaysia secara keseluruhannya.

sumber:- BH

“Bagi Jawatankuasa Pengadil FAM, setiap cadangan untuk penambahbaikan pengadil akan dinilai dengan sebaiknya dan tindakan yang sewajarnya juga akan diambil terhadap pegawai perlawanan yang didapati terkhilaf dalam melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya.