Sukan

Keempat-empat dikenakan tindakan kuat kuasa serta-merta

Kecuaian empat pengadil ketika mengendalikan aksi Liga Perdana antara Negeri Sembilan (NS) FC dengan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 27 Ogos lalu memakan d!ri apabila digantvng tugasan serta-merta.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kali kedua Jawatankuasa Pengadil FAM bagi penggal 2021-2025.

Ia dipengerusikan oleh Datuk S Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa terbabit yang diadakan secara atas talian hari ini.

Keempat-empat pegawai perlawanan tersebut digantung tugas selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.

Selepas tamat penggantungan itu, kesemua pegawai perlawanan tersebut seterusnya akan hanya dilantik untuk tugasan bagi perlawanan Piala Presiden dan Piala Belia selama sembilan bulan.

“Mereka juga akan dirujuk kepada Pegawai Pembangunan Pengadil Negeri dan Pengurus Pembangunan Pengadil FAM untuk mengikuti program penambahbaikan prestasi sebelum boleh dinaikkan semula bagi mengadili perlawanan Liga Perdana selepas tempoh itu,” katanya.

Sebelum ini, pasukan Negeri Sembilan mendakwa Kelantan FC melakukan kesalahan dalam aksi terbabit apabila melakukan pertukaran lima pemain sebanyak empat kali.

Berdasarkan undang-undang pertukaran pemain yang diperkenalkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) tahun lalu, lima pemain boleh digantikan namun ia hanya dibenarkan sebanyak tiga kali dalam satu perlawanan.

Lantas, skuad Jang memohon kepada FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk membatalkan kemenangan 2-1 skuad The Red Warriors itu, namun permohonan berkenaan tidak diendahkan MFL yang menegaskan keputusan pengadil adalah muktamad.

Ujar Saifuddin lagi, pihaknya berharap hukuman gantung tugas selama tiga bulan kepada pegawai perlawanan terbabit akan memberi pengajaran agar kesilapan sama tidak berulang.

sumber:- HM

“FAM berharap agar insid3n yang berlaku ini akan menjadi pengajaran berguna kepada kesemua pengadil kebangsaan supaya menjalankan tugas dengan penuh fokus dan komited pada setiap perlawanan yang akan datang,” katanya.