Sukan

JDT memang paling kebal

Berbaki dua lagi aksi, juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mencatat rekod bolos terbaiknya sepanjang tujuh musim penuh bergelar ‘raja bolasepak Malaysia’.

Dengan 20 perlawanan diharungi, mereka hanya dibolosi sebanyak lapan kali dengan rekod bolos terbaik mereka adalah melepaskan sembilan gol dalam 22 perlawanan pada musim 2018.

Rekod hanya dibolosi lapan gol ini sememangnya satu pencapaian yang hebat terutama selepas mengambil kira mereka sudah beraksi dalam lebih 1,800 minit.

Malah, jurang yang besar dapat disaksikan antara mereka dengan dua pasukan yang mencatat rekod bolos kedua terbaik iaitu Terengganu FC (TFC) dan KL City FC yang masing masing dibolosi 17 gol setakat ini.

Kali terakhir mereka dibolosi adalah pada 28 Julai bertemu Selangor FC namun selepas itu, mereka kebal apabila tidak membenarkan sebarang gol dalam lima perlawanan berturut turut sekali gus bergelar juara liga buat kali kelapan.

Mereka juga dibolosi lapan gol pada musim lalu, namun pencapaian itu tidak boleh ‘dibawa masuk’ memandangkan musim 2020 hanya berlangsung sebanyak satu pusingan membabitkan 11 perlawanan.

Justeru, skuad bimbingan Benjamin Mora itu perlu mengelak untuk dibolosi dalam dua aksi terakhir sekiranya mahu mencatat rekod bolos terbaik sepanjang bergelar juara Liga Super dengan 22 perlawanan.

Namun ia tidaklah semudah yang disangkakan dua pasukan yang menanti mereka bukanlah calang-calang iaitu TFC dan juga KL City FC.

Dua pasukan ini menjadi antara enam pasukan yang pernah mengg3garkan gawang JDT pada musim ini dengan Perak FC menjadi satu-satunya pasukan berjaya menjaringkan dua gol dalam aksi 90 minit men3ntang skuad Harimau Selatan itu.

Empat pasukan lain adalah Selangor FC (dua gol dalam dua perlawanan), Sabah (satu gol dalam dua perlawanan), UiTM FC (satu gol dalam dua perlawanan), TFC dan KL City FC (satu gol dalam satu perlawanan).

Menanti mereka pada perlawanan malam ini adalah skuad Penyu – satu satunya pasukan yang berjaya menewaskan JDT sekali gus ‘mencacatkan’ rekod mereka untuk melakar rekod ‘Invincibles’ untuk dua musim berturut-turut selepas merakam rekod sama pada musim lalu.

Skuad bimbingan Nafuzi Zain itu masih memiliki sedikit harapan dalam pemburuan tempat naib juara sekali gus menyaksikan mereka pasti turun dengan semangat yang tinggi apatah lagi beraksi di tempat sendiri.

Jadi, terpulang kepada Mora untuk terus memastikan JDT dalam mod kompetitif dengan menurunkan barisan pertahanan kental mereka dalam misi memastikan gawang tidak ‘bocor.

sumber: BH

Ataupun, mengganggap baki dua perlawanan ini sebagai ‘aksi petang-petang’ dengan menurunkan pemain simpanan dan juga pemain muda kerana apa sahaja keputusan tidak akan menjejaskan status mereka yang sudahpun dinobatkan sebagai juara.