Sukan

Ternyata Sri Pahang Bukan habuan Kedah

Hasrat Kedah Datul Aman (KDA) FC meneruskan rentak kecemerlangan tidak kesampaian apabila   sekadar mencatat keputusan seri 2-2 berdepan Sri Pahang FC pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Tuan rumah terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal pelawat menerusi jaringan pemain tengah, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik pada minit ke-11.

Sri Pahang hampir menjaringkan gol penyamaan tiga minit kemudian tetapi bola rembatan Kenny Athiu berjaya ditepis keluar penjaga gol KDA, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.

Manuel Hidalgo turut memiliki peluang membolosi gawang lawan tetapi rembatannya sedikit melepasi palang lawan.

Gol penyamaan hadir menerusi sentuhan Athiu selepas menerima hantaran Hidalgo pada minit ke-29 dan kedudukan itu kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung babak kedua, permainan berhati-hati dipersembahkan kedua-dua pasukan ketika bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Pemain gantian, Mohd Syazwan Zainon kembali meletakkan KDA di hadapan selepas menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Danirl Wafiuddin Sa’dun pada minit 67.

Ketinggalan satu gol, tuan rumah cuba mengatur s3rangan tetapi berjaya disekat jentera pertahanan lawan.

sumber: HM

Tidak mengenal erti berputus asa, Athiu berjaya menjaringkan gol penyamaan 2-2 yang juga gol kedua untuk memastikan Sri Pahang menyekat KDA membawa pulang tiga mata.