Sukan

Pengumuman Terkini TMJ curi perhatian

Johor Darul Ta’zim (JDT) nyata berada pada kelas dan standard berbeza apabila mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kelapan berturut-turut sejak 2014, malah kejayaan ini disambut lebih awal meskipun saingan liga masih berbaki dua perlawanan.

Namun apa yang paling mencuri tumpuan pastinya pengumuman pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri yang menegaskan kejuaraan kali ini lebih manis dan istimewa apabila ia didedikasikan kepada semua petugas barisan hadapan yang bekerja sepenuh hati ketika penularan w@bak pand3mik C0vid-19 di negara ini.

Katanya lagi, hadiah wang kemenangan Liga Super musim ini juga dititahkan supaya didermakan ke tabung untuk keluarga-keluarga petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus sejak setahun lalu.

JDT mendedikasikan gelaran Liga Super Malaysia kelapan kami kepada semua barisan hadapan yang berusaha keras sepanjang w@bak C0vid-19 ini.

“Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail) juga memutuskan agar JDT menyumbangkan wang hadiah liga kepada dana untuk keluarga barisan hadapan,” katanya di laman sosial Johor Southern Tigers (JST).

Difahamkan, kemungkinan JDT akan meraih hampir RM500,000 selaku juara Liga Super seperti musim sebelumnya namun jumlah berkenaan tidak tetap di mana ia bergantung kepada jumlah sebenar tajaan yang diraih setiap musim.

Pemberian derma ini bukanlah yang pertama buat skuad Harimau Selatan sebaliknya kelab ini antara pasukan Liga Malaysia yang kerap menyumbang bantuan berupa wang tunai mahupun barangan keperluan.

Untuk rekod, JDT pernah menyumbangkan semua wang kemenangan yang diperoleh sejak 2013 kepada Yayasan JDT.

Ini termasuk hadiah wang kejuaraan Liga Super dan wang ganjaran daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam saingan Liga Juara-Juara (ACL) dan Piala AFC.

Yayasan berkenaan kemudiannya menyalurkan sumbangan itu kepada mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan.