Logo Kelantan Cetus Pertikaian

Baru sahaja pemenang pertandingan rekaan logo baru pasukan Kelantan FC diumumkan, dan ia telah menjadi bualan hangat bukan sahaja penyokong pasukan itu tetapi turut menjadi perhatian pihak lain disebabkan kepala rusa pada logo itu dan bukan kijang.

Hari ini, logo yang diumumkan juara itu sekali lagi menjadi tumpuan apabila rekaan kepala rusa itu dilihat mirip satu rekaan dilaman web stock vector yang mungkin akan menimbulkan persoalan lebih hebat.

Berdasarkan tinjauan dilaman web PNGTree, didapati imej kepala rusa itu masih ada dan boleh dibeli lesen untuk kegunaan, namun sejauh mana penggunaan lesen tersebut tidak dapat dipastikan.

Adakah pemenang pertandingan rekaan logo baru Kelantan FC itu membeli lesen untuk tujuan tersebut atau tidak kini menjadi isu utama kepada peminat Kelantan khususnya untuk tahu dengan lebih lanjut.

Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang asing kerana sebelum ini juga kita telah menyaksikan beberapa pasukan lain turut mengalami isu yang sama berkaitan rekaan logo pasukan masing-masing.

Ada juga kemungkinan logo kepala rusa itu akan ditukar kepada kepala kijang yang menjadi simbol negeri Cik Siti Wan Kembang itu sejak sekian lama, namun segala terserah kepada pemilik pasukan untuk membuat keputusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *