sukan

Gaji Erik Ten Hag dipotong

Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag berdepan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus sekiranya dia kekal mengendalikan pasukan itu pada musim depan.

Pengurus dari Belanda itu menandatangani kontrak selama tiga tahun di Old Trafford namun kedudukannya kini berada dalam keadaan bahaya.

United menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil kemenangan 4-2 di tangan Sheffield Utd namun ketinggalan 13 mata di belakang pasukan di tangga keempat, Aston Villa.

ESPN melaporkan kegagalan United beraksi di Liga Juara-Juara bakal menyebabkan gaji Ten Hag yang ketika ini berjumlah RM53 juta setahun akan dipotong sebanyak 25 peratus.

Ini bermakna, Ten Hag hanya akan menerima RM40.1 juta setahun bermula musim depan namun masa depannya bersama pasukan itu turut menjadi tanda tanya.

Sunsport melaporkan Ten Hag bakal ditunjukkan jalan keluar selepas tidak lagi mendapat kepercayaan penyokong.Penyokong keluar dari Old Trafford dan tidak meraikan kejayaan mereka menewaskan Coventry menerusi sepakan penalti penentuan pada separuh akhir Piala FA.

Bekas pengurus Brighton dan Chelsea, Graham Potter menjadi calon pilihan untuk menggantikan Ten Hag.

sumber:- BH

Selain itu, calon lain yang turut dikaitkan adalah pengurus England, Gareth Southgate ; pengurus Brighton, Roberto De Zerbi ; pengurus Brentford, Thomas Frank serta pengurus Wolves, Gary O’Neil.