sukan

Piala Asia B 23: Tuan Rumah tersingkir

Jaringan gol dalam masa tambahan oleh Mao Hosoya dan Kotaro Uchino memastikan Jepun mengatasi 10 pemain Qatar dan mara ke separuh akhir Piala Asia B-23 dengan kemenangan 4-2 ke atas skuad bimbingan Ilidio Vale di Stadium Jassim bin Hamad awal pagi tadi.

Hosoya berjaya menyumbat gol mengatasi penjaga gol Ali Korayem untuk mengatasi corak bertahan Qatar sebelum Uchino meledak gol keempat Jepun dengan berbaki tujuh minit sekaligus membenarkan skuad kendalian Go Oiwa selangkah lebih hampir untuk mendakap kejuaraan.

Fuki Yamada meletakkan Jepun di hadapan terlebih dahulu pada minit kemudia sebelum Ahmed Al-Rawi menyamakan kedudukan 22 minit kemudian, namun Qatar terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Yousef Abdullah diarah keluar padang pada minit ke-41.

Ia tidak mematahkan semangat tuan rumah apabila berjaya mendahului permainan empat minit selepas separuh masa kedua bersambung menerusi Jassem Gaber.

sumber:- SA

Kegembiraan mereka bersifat sementara apabila tandukan Seiji Kimura pada minit ke-67 kembali mengikat kedudukan sebelum Hosoya dan Uchino memastikan kemenangan buat Jepun yang dalam misi untuk layak ke Sukan Olimpik berturut-turut sejak edisi 1996.