sukan

Video pelancaran jersi Sri Pahang paling ‘lucu’ setakat ini

Jika ada anugerah video pelancaran jersi paling lucu dan menarik sepanjang pramusim ini, Sri Pahang pasti pemenangnya.

Pasukan Tok Gajah itu sebentar tadi melancarkan jersi ‘home’ terbaru mereka bagi musim ini dengan sebuah video yang cukup dekat dengan rakyat Darul Makmur.

sumber:- SA

Jersi yang diberi nama Halilintar Tempoyok itu mengangkat makanan tradisi Pahang, Tempoyak, sebagai simbolik mengekalkan warna tradisi kelab berkenaan, iaitu kuning dan biru.