sukan

Piala Asia B 23: Indonesia lakar kejutan terbesar berdepan Korea Selatan

Korea Selatan gagal mara ke Sukan Olimpik buat kali pertama sejak 1984 selepas tewas mengejut menerusi penentuan penalti di tangan Indonesia pada suku akhir Piala Asia B-23, awal pagi tadi.

Tiga pasukan teratas layak ke temasya di Paris dan Indonesia mara ke saingan empat terakhir apabila menang penentuan penalti 11-10 selepas kedudukan terikat 2-2 pada masa tambahan.

Rafael Struick meletakkan Indonesia di depan selepas 15 minit namun jaringan sendiri Komang Teguh mengikat kedudukan sebelum rehat. Namun sejurus sebelum rehat Struick sekali lagi membolehkan Indonesia mendahului perlawanan menerusi gol keduanya.

Jeong Sang-bin menjaringkan gol penyamaan Korea ketika permainan berbaki 14 minit walaupun mereka beraksi 10 pemain selepas Lee Young-jun dibuang padang.

Ketika penentuan penalti Pratama Arhan muncul wira Indonesia selepas Lee Kang-hee gagal menyempurnakannya untuk Korea Selatan.

Dalam perlawanan lebih awal, Jepun menyingkirkan tuan rumah Qatar 4-2 selepas masa tambahan dan berpeluang mara ke Olimpik kali kelapan berturut-turut.

sumber:- HM

Malam ini juara bertahan Arab Saudi menentang Uzbekistan manakala Iraq berdepan Vietnam dan pasukan yang menamatkan kedudukan di tempat keempat akan membuat perhitungan dengan Guinea dalam aksi playof pada Mei untuk memburu slot terakhir ke Paris.