sukan

Stadium Qatar jadi rumah baru Indonesia

Indonesia telah meraih kemenangan dalam semua ketiga-tiga penampilan mereka di Stadium Abdullah bin Khalifa, Doha bagi kempen Piala Asia B-23 2024.

Dengan rekod bersih kemenangan 100 peratus, Stadium Abdullah bin Khalifa dianggap bagaikan ‘rumah baru’ buat skuad Garuda Muda atau dalam erti kata lain bagaikan beraksi di laman sendiri.

Indonesia mencipta sejarah melangkah ke pusingan separuh akhir semalam selepas menewaskan Korea Selatan dengan kemenangan 11-10 pada penentuan sepakan penalti apabila keputusan terikat 2-2 dalam tempoh 120 minit permainan.

Menariknya, perlawanan separuh akhir nanti juga bakal berlangsung di Stadium Abdullah bin Khalifa, untuk Indonesia berdepan cabaran Uzbekistan ataupun Arab Saudi yang akan berentap terlebih dahulu pada jam 10.00 malam ini, langsung di saluran Arena Bola 803HD.

sumber:- SA

Mampukah Indonesia meneruskan kempen menakjubkan mereka dalam debut di pentas Piala Asia B-23? Perlawanan separuh akhir bakal berlangsung pada 29 April nanti pada jam 10.00 malam.