Sukan

JDT yakin baham Guangzhou FC kali kedua

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mahu menumpukan perhatian membuat persiapan men3ntang Guangzhou FC pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Pengendali dari Mexico itu tampak enggan memikir aksi Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale tatkala kedua-dua pasukan itu termasuk JDT masih berpeluang merebut tangga teratas dan kedua.

Berdasarkan format saingan ACL Zon Timur, juara Kumpulan F, G, H, I dan J akan layak ke pusingan seterusnya manakala hanya tiga naib juara terbaik akan lolos bersama.

Justeru, Mora lebih memberi fokus terhadap persiapan JDT berdepan skuad bimbingan Pan Hongye untuk membvru mata penuh sebelum memikirkan aksi terakhir men3ntang juara ACL 2021, Ulsan Hyundai Sabtu ini.

Ketika ini kita terikat mata dengan Ulsan Hyundai FC dengan tujuh mata, jadi kami perlu mengutip enam dalam dua perlawanan ini, selepas itu barulah kita buat matematik melihat peluang kita untuk layak.

Sebenarnya tiada apa yang ingin dikatakan tetapi kami akan bangkit selepas tewas 5-0 kepada Kawasaki Frontale, dan yakin mampu mengulangi kemenangan 5-0 ke atas Guangzhou pada aksi pertama minggu lalu.

“Kami mempunyai skuad yang besar sejumlah 35 pemain terdiri daripada pemain import, pemain berpengalaman termasuk pemain muda. Jadi, kami akan memberi peluang kepada yang berada di prestasi terbaik untuk turun beraksi,” katanya..

Dalam pada itu, penjaga gol, Farizal Marlias memberitahu persiapan pasukan berada di tahap terbaik dan tidak sabar untuk beraksi bagi menuai tiga mata.

sumber:- BH

“Kita masih ada peluang untuk layak dengan syarat untuk menang semua baki perlawanan men3ntang Guangzhou dan Ulsan Hyundai. Kami bertekad untuk melakukan tugas ini sebaik mungkin,” katanya