sukan

Saya rasa mereka kini lebih hormat saya

Pemain tengah Selangor, Noor Al-Rawabdeh, berasakan dia kini lebih dihormati selepas saingan Piala Asia di Qatar pada Januari lalu.

Al-Rawabdeh mempamerkan kecemerlangannya ketika membantu Jordan bergelar naib juara Piala Asia 2023, di mana pasukan kebangsaannya ditewaskan tuan rumah, Qatar, 3-1 dalam aksi final.

Kembali ke pangkuan Selangor bagi saingan empat penjuru, Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 di Stadium MBPJ pada esok dan Ahad ini, perancang itu ditanya sama ada dia kini akan lebih ditakuti pemain lawan berdasarkan reputasinya di Qatar.

Dan dia berkata kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam: “Bagi saya Piala Asia merupakan satu pengalaman yang hebat.
“Saya lebih memilih untuk berkata bahawa mereka kini lebih hormat saya dan bukannya takut kepada saya tetapi apabila di atas padang, segalanya akan berubah. Ia 11 lawan 11.

“Insya-Allah, saya akan menggunakan pengalaman itu untuk membawa Selangor ke tahap lebih tinggi musim ini.”

sumber:- SA

Selangor akan melayani kunjungan tiga kelab Asia Tenggara, iaitu DPMM FC dari Brunei, Balestier Khalsa FC dari Singapura dan Young Elephants FC dari Laos, dalam SAC 2024.