Jaringan sulung bersama Harimau Malaya yang dil3dak Liridon Krasniqi ketika berdepan Singapura, Sabtu lalu dilihat berjaya ‘membeli’ keyakinan peminat terhadap pemain naturalisasi itu.
Jaringan pada minit ke-57 itu sudah pasti melegakan Liridon selepas dia sebelum ini menjadi s@saran krit!kan hebat pemerhati dan peminat bola sepak tanah air.
Pemain tengah berusia 30 tahun yang lebih dikenali sebagai Mat Don dalam kalangan peminat turut mengakui gembira apabila berjaya membuka akaun gol bersama Harimau Malaya.
Terima kasih yang istimewa kepada pasukan dan staf yang membantu saya dalam usaha menjaringkan gol pertama saya bersama pasukan Malaysia.
“Bukanlah keputusan yang kita harapkan, tetapi kita perlu terus bergerak ke hadapan. Banyak lagi yang akan datang,” jelas Mat Don di laman Instagram miliknya.
Lebih manis apabila ‘tulisan’ Liridon itu turut mendapat perhatian bintang bola sepak Jerman yang juga bekas pemain Liverpool, Emre Can yang meninggalkan simbol menepuk tangan di ruangan komen.
Malah, melihat kepada komen yang diberikan peminat di Instagram miliknya, ia tampak jauh berbeza jika dibandingkan ketika dia bersama Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, tahun lalu.
Apa tidaknya, perkongsian yang dibuat Krasniqi di laman sosial miliknya sebelum ini dihujani kr!tikan dan k3caman daripada netizen yang kurang berpuas hati dengan persembahannya di atas padang.
Namun, untuk kali ini, peminat dilihat banyak memberikan reaksi positif dan kata-kata semangat kepada Krasniqi selain tidak kurang juga ada yang mengharapkan supaya dia boleh memberikan aksi lebih baik selepas ini.
Antara komen yang dibuat peminat termasuk dari pemilik akaun aimanfahmiz yang menulis: “@paulpogba Malaysia, steady, mantap Mat Don”.
Pemilik akaun yang menggunakan nama kingjdt_12 pula menulis: “Terbaik Liridon dan terima kasih kerana bermain untuk Malaysia. Saya tahu anda akan meningkat dengan lebih baik selepas ini. Hanya buat hantaran dan jangan terlalu lama memegang bola. Jumpa lagi di kelayakan Piala Asia”.
sumber:- BH
Seorang lagi pengguna laman sosial itu, syuhadaabidin menulis: “Terima Kasih kerana telah menjaringkan gol buat Malaysia”.