Sukan

Terima Kasih TMJ

Pertahanan baharu Melaka United FC, Muhammad Fadhli Shas memasang impian untuk kembali mengetuk pintu bersama skuad Harimau Malaya selepas pernah menjadi tonggak utama di benteng negara sebelum ini.

Paling diingati sudah tentunya ketika dia membantu skuad kebangsaan menjulang Piala AFF pada 2010 lalu, di mana kekentalannya di benteng pertahanan menyebabkan penyerang lawan sukar men3mbusi kubu negara ketika itu.

Begitupun, untuk memastikan impian itu terlaksana, Fadhli Shas terlebih dulu perlu merebut tempat dalam skuad Hang Tuah sebelum boleh memikat perhatian jurulatih negara.

Kalau masih diberi peluang, saya tidak menolak rezeki untuk kembali ke pasukan kebangsaan, tetapi saya tidaklah meletakkan itu sasaran utama, sebab yang penting adalah untuk beri terbaik kepada Melaka terlebih dahulu.

Sebelum ini mungkin karier agak tengg3lam sebab beraksi di Liga Perdana, dan sekarang kembali ke pentas Liga Super.

“Saya percaya kalau sentiasa konsisten, rezeki untuk beraksi dengan skuad kebangsaan mungkin ada,” katanya.

Dalam masa sama, bekas tonggak utama skuad Harimau Muda A ini mengakui Melaka juga dibarisi oleh pemain berkualiti yang pastinya akan menghadirkan perebutan sengit dalam kesebelasan utama.

sumber:- HM

“Tapi saya tidak menjanjikan yang saya akan kerap bermain sebab Melaka pun ada ramai pemain yang bagus, jadi ini akan menjadi persaingan sihat dan saya ingin ambil kesempatan ucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim) dan pihak pengurusan Melaka United atas peluang ini,” katanya.