Sri Pahang FC mengesahkan penjaga gol kebangsaan Mali, Mamadou Samassa menyarung jersi kelab itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengesahan itu diumumkan menerusi akaun rasmi Facebook Sri Pahang FC hari ini, dengan pemain berusia 31 tahun itu berpengalaman beraksi di Ligue 1 bersama Guingamp dan Troyes.

Samassa yang memiliki ketinggian 1.97 meter itu pernah mewakili Perancis di pelbagai peringkat umur sebelum membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Mali di peringkat senior. Pemain itu pernah membantu negaranya menduduki tempat ketiga di Piala Negara-Negara Afrika pada 2013.

Kehadiran Samassa menyaksikan Sri Pahang kini mempunyai empat penjaga gol sekali gus membayangkan betapa Christophe Gamel serius dalam memantapkan benteng terakhir kelab itu.

Tiga penjaga gol tempatan ialah Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin, Daniel Wafiuddin Sa’dun dan Wan Mohd Syazmin Wan Rozaimi.

sumber:- BH

Samassa sudah pasti diletakkan sebagai penjaga gol utama bagi menggantikan bekas penjaga gol kebangsaan, Helmi Eliza Elias yang tidak dilanjutkan kontrak.