Sukan

Dio Cools bersuara perletakkan jawatan Cheng Hoe

Walaupun hanya dapat bekerjasama dalam tempoh yang singkat, pertahanan berdarah campuran negara, Dion Cools, rasa bersalah apabila ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, membuat keputusan untuk meletakkan jawatan hari ini.

Cheng Hoe secara drastik meletakkan jawatannya susulan kegagalan Harimau Malaya dalam kempen Piala Suzuki AFF di Singapura baru-baru ini.

Skuad negara gagal ke separuh akhir selepas hanya menduduki tangga ketiga Kumpulan B di belakang Indonesia dan Vietnam.Cools, bagaimanapun, menegaskan bahawa kegagalan itu bukan sepenuhnya kesilapan Cheng Hoe tetapi kegagalan pemain untuk berfungsi dengan baik juga dilihat sebagai punca utama.

Pemain FC Midtjylland itu menganggap perancangan Cheng Hoe di Singapura sudah cukup relevan tetapi situasi pada ketika itu jelas tidak menyebelahi skuad negara.

“Ia satu berita menyedihkan untuk didengari kerana saya fikir, kami sebagai pemain juga perlu menyalahkan diri kami, termasuk diri saya sendiri,” katanya kepada Nadi Arena.

“Sudah pasti ia sebahagian daripada bola sepak tetapi ia bukanlah hari yang baik untuk berkata seperti itu.”Apabila saya tiba di sana (Singapura), saya menyedari bahawa ia satu perlawanan yang penting dan saya fikir dalam bola sepak, anda tidak perlu terlalu tertekan kerana anda hanya perlu memastikan anda dan pasukan anda sudah bersedia untuk beraksi.

“Jika anda menganalisis perlawanan itu, anda dapat lihat kami melakukan dengan baik dalam beberapa waktu tetapi selepas itu, kami tidak dapat meneruskannya.”Ia sesuatu yang mengecewakan buat saya juga kerana kami tewas dengan jumlah yang besar.

“Sudah pasti saya kecewa dengan diri saya sendiri kerana saya tiba di sana dengan jangkaan yang besar untuk melayakkan pasukan ke pusingan seterusnya dan melakukan keajaiban tetapi ia tidak berlaku.

sumber:- SA

“Jadi, saya amat kecewa dengan diri saya dan pasukan tetapi saya tidak akan pernah menyalahkan jurulatih kerana pada akhirnya, kami yang bermain di atas padang,” katanya.