Sukan

Itulah pemain yang kita mahukan. — Azraai

Kegagalan skuad kebangsaan di pentas Piala AFF 2020 menggambarkan realiti sebenar bola sepak Malaysia betapa kita masih jauh ketinggalan dengan kuasa besar Asia Tenggara yang lain.

Dengan tersingkirnya Harimau Malaya seawal peringkat kumpulan seperti Laos dan Kemboja, jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah beranggapan skuad kebangsaan belum lagi mencapai tahap Asia Tenggara, apatah lagi cita-cita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menggapai peringkat Asia iaitu berada dalam kelompok lima terbaik menjelang 2030.

Bayangkan pada 2018, kita jadi pasukan kedua terbaik, sepatutnya kita buat penambahbaikan tetapi kita kekal di takuk sama walaupun kita akui pelbagai faktor menyumbang kepada prestasi hambar di Singapura.

Ternyata memang jauh (jurang). Kita menang apabila buku tidak bertemu ruas tetapi apabila buku bertemu ruas, kita tewas. Kita lihat kualiti pemain Thailand seperti kapten (Chanathip Songkrasin). Itulah kualiti yang kita mahukan.

“Walaupun ada peningkatan daripada segi ranking tetapi duduk di tangga sekitar 150, itu bukanlah kedudukan yang membanggakan,” katanya kepada BH Sukan semalam.

Justeru, pemenang ‘Double Treble’ itu mengharapkan perubahan dapat dilakukan khususnya menerusi usaha memperkasa akar umbi bagi memastikan kualiti pemain kebangsaan dapat ditingkatkan.

Malah, Azraai turut bersetuju dengan pandangan Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC, ) Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim yang mahu usaha mempertingkat mutu dan kualiti pemain kebangsaan seharusnya menjadi keutamaan.

Setuju sangat (pandangan Zulakbal). Apa yang penting adalah pembangunan dan kaedah yang diterapkan di peringkat akar umbi, kena betul-betul terancang.

Bukan sekadar naikkan pemain ke peringkat tertinggi tetapi kita mahu tengok kualiti pemain seperti pasukan yang mara ke separuh akhir Piala AFF 2020. Banyakkan pemain berkualiti supaya kita boleh berada pada tahap yang kita ingin banggakan.

sumber:- BH

“Tak terlambat lagi untuk kita bermula semula kerana inilah masanya untuk kita membuat perubahan. Banyak pandangan yang sudah diberikan jadi ambillah ia sebagai aras petunjuk untuk merancang,” katanya.