sukan

TERKINI: Lee Zii Jia hadiah mata pertama Malaysia

Mata pertama yang diperoleh Malaysia ke atas Hong Kong menerusi pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, cukup penting dalam memastikan kemenangan pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas di Chengdu, China.

Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.

Antaranya ketika Zii Jia yang pada mulanya ketinggalan di set kedua, bangkit mengejar mata demi mata.Corak permainan agresif lawan berjaya diserap Zii Jia sebelum berjaya mendapatkan mata penting menerusi kualiti bertahan yang ditampilkan pemain berusia 26 tahun itu.