Momentum pasukan Melaka United (MU) diakui agak terjejas selepas rehat panjang namun kemenangan berdepan Kelantan United 2-1 amat melegakan jurulatihnya Zainal Abidin Hassan.

Katanya, mata maksimum itu mengesahkan pasukan layak ke suku akhir Piala Malaysia dalam saingan kumpulan C namun anak buahnya berdepan t3ntangan hebat pelawat di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Menurutnya, momentum yang sedikit tergelincir meletakkan pasukan sedikit cemas selepas lawan menyamakan kedudukan buat satu ketika namun mereka menebus semula menerusi jaringan kemenangan.

Apapun saya bangga misi mara ke suku akhir berjaya direalisasikan menerusi komitmen tinggi pemain serta kerjasama pegawai dan pengurusan pasukan

“Bagaimanapun kami tidak mengambil mudah dua perlawanan kumpulan selepas ini kerana mahu momentum mereka ditingkatkan menjelang aksi suku akhir kelak,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Kelantan United Nazrulezwan Makmor berkata, dia tetap berpuas jati dengan prestasi pasukannya terutama menguasai 30 minit kedua perlawanan.

Beliau berkata, jika tiga peluang terbaik hadir pada babak kedua aksi sudah pasti keputusan lebih baik mampu direkodkan.

sumber:- HM

Gol gol Melaka dalam perlawanan dihasilkan menerusi Sony Norde (m-25 ) dan Adriano (m-52 ) sementara jaringan tunggal Kelantan United menerusi tandukan cantik Shuhei Fukai dua minit sebelum babak pertama berakhir.