Sukan

‘Pendatang baharu’ yang luar biasa

Digelar ‘pendatang baharu’ dalam saingan Liga Super 2021 tidak menghalang Penang FC untuk menunjukkan taring membvru tempat kedua dalam liga untuk layak ke Piala AFC musim depan.

Dengan berkongsi kutipan 40 mata bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), skuad Harimau Kumbang akan bertemu Terengganu FC yang kini turut membvru tiket Piala AFC dalam saingan terakhir Liga Super 2021 yang akan berlangsung serentak esok.

Ketua Jurulatih Penang FC Tomas Trucha berkata, saingan sengit kali ini membuatkan pasukannya kini ‘lapar’ untuk membvru tiket ke Piala AFC.

“Kita mahu melihat prestasi Penang FC sebagai sebuah pasukan dan kelab untuk bertanding dalam pertandingan di peringkat Asia secara keseluruhan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata ketika ini pasukan sedang menjalani persiapan prapertandingan standard seperti perlawanan sebelumnya namun tidak menolak kenyataan bahawa pemain telah kehilangan banyak sesi latihan akibat penularan wab@k C0VID-19 yang kini mempengaruhi tahap kecergasan pemain dan telah menyebabkan banyak kecederaan.

“Tahap kecergasan pasukan sentiasa boleh diperbaiki tetapi kita perlu mempertimbangkan dalam sukan bola sepak, ada lebih banyak aspek lain yang perlu ditambah baik dan diberikan perhatian serius,” katanya.

Beliau berkata pada awal musim liga, Penang FC telah disasarkan untuk mengakhiri liga di tempat keenam teratas namun berada di kedudukan ketiga setakat ini merupakan sebuah bonus kepada pasukannya.

“Saya cuba membawa mentaliti kemenangan sejak mula-mula mengambil tanggungjawab sebagai ketua jurulatih pasukan. Penang FC juga membawa masuk beberapa pemain baharu ke dalam pasukan untuk mendorong pasukan bekerja lebih keras sehingga berjaya ke garisan permulaan atau ke bangku simpanan,” kata Trucha.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang bersetuju untuk melabur kepada pasukan ketika dunia sedang menghadapi C0VID-19.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang telah memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pasukan sejak dari awal. – BERNAMA