Hasrat untuk menyaksikan Liew Daren terus mencipta kejutan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Thailand tidak kesampaian apabila perseorangan lelaki profesional negara itu tewas kepada wakil Hong-Kong, Lee Cheuk Yiu, hari ini.
Selepas mencipta s3nsasi dengan menewaskan pemain pilihan ketiga dari Denmark, Anders Antonsen, dalam pusingan pertama semalam, Daren, bagaimanapun, gagal meneruskan rentak kemenangannya apabila tewas 14-21 dalam set pertama.
Cuba bangkit dalam set berikutnya, pemain berusia 33 tahun itu ternyata tidak cukup tenaga untuk menafikan asakan lawan sebelum aku tewas 17-21 dalam masa 52 minit.
Sementara itu, sandaran utama negara dalam acara perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, menempa nasib berbeza apabila lawannya dalam pusingan kedua, S. Kidambi, terpaksa menarik diri gara-gara kec3deraan.
Dengan pengunduran wakil India itu, Zii Jia, yang merupakan pilihan kelapan kejohanan, layak secara percuma ke peringkat suku akhir.