Tonggak utama Malaga City Menyerlah di usia 15 tahun

Ketika tumpuan diberikan kepada tonggak H@rimau Malaya Safawi Rasid dan pemain skuad bawah 19 tahun negara Luqman Hakim Shamsuddin namun sebenarnya ramai tidak mengetahui bahawa ubi muda negara, Allee Putra Azril Mohd Zawawi 15 turut menyerlah bersama pasukannya di Sepanyol.

Ketika ini Allee Putra menjadi antara tonggak utama kepada akademi bola sepak FC Malaga City dengan bermain bersama skuad bawah 17 tahun untuk beberapa perlawnan sebelum ini.

Pemain muda yang turut mendapat jolokan Allee Sanchez itu sering disenaraikan oleh barisan jurulatih untuk mewakili pasukan terbabit dalam sa!ngan peringkat tempatan dan pertandingan k0mpetatif. Malah, menurut bapanya, Azril memaklumkan bahawa barisan kejurulatihan akademi berkenaan berpuas hati terhadap prest@si Allee yang semakin meningkat sejak menjalani latihan beberapa bulan lalu. Allee kini antara sebahagian pemain utama pasukan akademi walaupun usianya baharu saja 15 tahun namun mampu memberi saingan kepada pemain yang lebih tua daripadanya.

Ketika ini, Allee menjalani latihan seperti biasa dan sudah boleh mengikuti setiap modul diterapkan akademi berkenaan walaupun perlu bersaing dengan pemain lain.Pada perlawnan sebelum ini, Allee mengalami kecedraan pada buku lali namun diharapkan tidaklah serius hingga menjejaskan prestasinya nanti,katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan Allee Putra ditawar bermain di akademi bola sepak terkemuka Sepanyol, FC Malaga City.Remaja itu menggemparkan bola sepak negara selepas ditawar k0ntrak menjalani latihan di akademi elit itu selama dua tahun walaupun dia bukan pemain yang dikenali di Malaysia.

Mengikut rekod Malaga City FC menawarkan Allee dua tahun pengajian yang mana dia ditawarkan tempat ke sana dan bukan memohon masuk akademi.

sumber : HM

Pada masa sama, dia juga mendapat sok0ngan Persatuan Bolasepak Malaysia , Kementerian Belia dan Sukan serta Persatuan Bolasepak Kelantan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *