TMJ Terima Penghargaan

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, hari ini telah menyerahkan sendiri jersi baharu Malaysia kepada pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ).

Menurut kenyataan rasmi, pemberian jersi tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada Tunku Ismail yang merupakan mantan Presiden FAM sebelum ini yang mana baginda masih terus bersama memberikan sokongan terhadap bola sepak negara sehingga ke hari ini.


Pada kesempatan itu juga, Datuk Haji Hamidin turut berbincang dan bertukar pandangan bersama Tunku Ismail mengenai persediaan dan persiapan pasukan kebangsaan bagi menyambung saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac depan serta perjalanan saingan Liga Malaysia musim 2021.

Jersi Malaysia 2020-2022 ini telah pun dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, 4 Disember 2020.

Mengekalkan warna tradisi disamping membawa rekaan moden yang menterjemahkan jersi kesayangan semua ini dengan aspek-aspek moden terkini.

Jersi home kekal dengan warna kuning ikonik,logo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) didada, rekaan kolar yang anggun, outlining pattern dibahagian rusuk serta kembalinya lengan yang berwarna hitam.

Gabungan warna seluar hitam dan stokin kuning melengkapkan jersi keramat Malaysia yang akan disarung oleh pemain-pemain diatas padang untuk membawa maruah skuad negara dipentas antarabangsa

Mengambil inspirasi dari Jalur Gemilang, jersi away pula direka dengan warna hitam serta belang kuning yang memberi refleksi youthful energy dan budaya ekspresif pasukan kebangsaan sambil memberikan penghormatan kepada Malaysia yang kaya dengan tradisi.

 

Para penyokong Malaysia boleh mendapatkan jersi baharu 2020 ini mulai hari ini 4 Disember 2020 secara online di Nike.com dan kedai-kedai terpilih seluruh negara pada harga RM299 sehelai.