Teka – Teki Nombor Jersi Safawi Terjawab

Striker skuad kebangsaan, Safawi Rasid telah diperkenalkan secara rasmi kepada para media sebagai pemain baharu kelab dari liga Portugal iaitu Portimonense S.C. pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

Menurut kenyataan daripada laman web Portimonense S.C, skuad kendalian Paulo Sergio telah menandatangani Safawi secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan pilihan untuk membeli secara tetap.

Safawi akan memakai jersi bernombor 29 dan dijangka beraksi di posisi sayap kanan sekaligus menjadi pemain kedua dari Malaysia yang beraksi di Portugal selain Nazmi Faiz (Beira Mar).

Paulo Sergio sebelum ini menegaskan 2 reinforcement yang datang dari Asia iaitu Safawi Rasid dan Jafar Salmani dari Iran adalah untuk pelan jangka masa sederhana dan panjang untuk kelab itu kerana kedua-dua pemain perlu menyesuaikan diri dengan dunia baru dalam karier bola sepak mereka.

Kita perlu memberikan masa dan tidak mencipta satu expectation yang melampau seterusnya menjurus kepada kek3cewaan., jelas Paulo Sergio kepada portal O’Jogo.

Portimonense S.C telah lama mengikuti perkembangan Safawi selama 6 bulan sejak tahun 2019 dan mereka menyifatkan pemain yang berusia 23 tahun itu merupakan antara pemain muda paling berbakat di Asia.

Prestasi cemerlang Safawi bersama skuad Malaysia ketika dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 turut menarik minat mereka untuk menandatangani pemain tersebut.

Liga Primera Portugal baru sahaja memulakan musim 2020/21 dan Portimonense kini menghuni kedudukan ke-16 liga selepas 3 perlawanan. Kelab tersebut juga belum mencatat sebarang kemenangan setakat ini.

Bagaimanapun, Safawi bukanlah satu-satunya pemain asia dalam kelab itu kerana Portimonense juga turut mempunyai 2 lagi pemain dari Asia iaitu penjaga gol skuad kebangsaan Jepun (Shuichi Gonda) dan bekas pemain Kashima Antlers (Koki Anzai).

Menariknya, Koki Anzai pernah menentang Safawi ketika mewakili pasukan masing-masing dalam saingan AFC Champions League 2019. JDT ketika itu menewaskan Kashima Antlers, 1-0 di Stadium Larkin. Kini, mereka berdua merupakan rakan sepasukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *