Tabik Pemain Kedah

Alor Setar : Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Muhammad Sanusi Md Nor meluahkan rasa bangga dengan pencapaian yang diraih skuad Lang Merah apabila mengakhiri musim Liga Super di tangga kedua musim ini dan seterusnya layak beraksi di kejohanan Piala Asia musim depan.

Di sebalik berbagai dvgaan dan masalah berkaitan tunggakan gaji yang dihadapi skuad Kedah, katanya pasukan bimbingan Aidil Sharin Sahak ini tetap tampil dengan penuh s3mangat bagi membuktikan nama pasukan Kedah terus berada pada kedudukan antara tertinggi di persada Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Sebaik tamat perlawanan men3ntang Perak di Stadium Perak Ahad lalu, semua pemain dilihat memberi tabik hormat kepadanya yang turut hadir memberi s3mangat semasa menyaksikan perlawanan Liga Super yang berkesudahan dengan kemenangan 3-2.

Sebelum perlawanan berlangsung pada petang itu, saya buat pertemuan dengan semua pemain dan saya juga salute (tabik) dengan semua pemain sebab isu-isu serta masalah-masalah hutang tak bayar, gaji tertangguh semua ini tidak menj3jas permainan mereka di padang.

Sebenarnya saya tabik mereka dulu sebab para pemain ini cukup profesional. Segala isu di luar padang tak langsung menjejaskan prestasi mereka dan saya ucapkan terima kasih kepada semua pemain yang mahu berjvang bersungguh-sungguh untuk membvru kejayaan.

Sebab itu sebaik sahaja tamat perlawanan, mereka pula tabik semula pada saya. Saya memang hormati semangat perjvangan yang ditunjukkan mereka, katanya.

Sanusi yang memaklumkan penyelesaian isu tunggakan gaji yang ditanggung KFA selama ini bakal diselesaikan esok seperti disasarkannya sebelum ini, juga berkata semangat serta sikap profesionalisme yang ditunjukkan oleh jurulatih dan semua pemain Kedah begitu membanggakan.

Mereka profesional, masuk padang mereka bermain sampai menang, saya salute semua pemain dan oleh kerana saya salute mereka petang, malam mereka pula salute saya balik. katanya.

Kedah bakal memulakan kembali latihan pasukan esok sebagai persiapan memulakan saingan Piala Malaysia yang dijadualkan semula pada 6 November depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *