Sumareh Akhirnya Sah

KUALA LUMPUR: Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh sah akan beraksi di Liga Thailand bersama kelab Police Tero FC.

Pengumuman itu dibuat oleh kelab berkenaan menerusi Facebook mereka hari ini, dengan Sumareh akan menyarung jersi nombor 13.

Police Tero FC mengesahkan mengikat Sumareh, pemain Malaysia-Gambia akan menyertai pasukan dan menambahkan kekuatan bagi saingan (liga) Thai Toyota.

“Liga 2020/21 akan kembali bersambung pada 12 September. Sumareh akan memakai (jersi) nombor 13 untuk Police Tero FC bagi saingan Liga Thai,” kata kelab berkenaan.

Selain mengesahkan kehadiran Sumareh dalam pasukan itu, Police Tero turut memuat naik vide0 ringkas ucapan daripada pemain berusia 25 tahun itu.

“Kepada semua penyokong Police Tero, saya Mohamadou Sumareh, jumpa anda nanti di Bangkok,” kata Sumareh.

Sebelum ini, Sumareh mencetuskan k0ntr0versi apa dilaporkan tidak menyertai latihan bersama skuad Pahang sejak sebulan lalu.

Terdapat dakwaan bahawa dia bertindak demikian kerana masalah pembayaran gaji dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Malah, Sumareh didakwa sudah membatalkan kontrak bersama Tok G@jah dengan mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *