Sergio Aguero Hampir Pasti milik Pahang

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengesahkan sudah mengadakan perbincangan dengan Sergio Aguero dan Lee Tuck pada minggu lalu bagi tujuan mengikat mereka untuk memperkuatkan skuad Tok Gajah musim depan.

Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang ketika mengesahkan perkembangan itu berkata, setakat ini, segala urusan berkaitan kontrak dengan dua pemain terbabit sudah dibincangkan dalam pertemuan itu.

Ya, memang betul Aguero dan Tuck mengadakan pertemuan dengan PBNP. Setakat ini, saya boleh sahkan mereka hampir pasti menyarung jersi pahang. Bagaimanapun, keputusan muktamad berhubung kontrak akan diumumkan dalam masa terdekat, katanya

Sebelum ini Aguero dari Argentina dan Tuck (England), dikaitkan berpindah ke Pahang bagi memperkukuhkan bahagian s3rangan dan tengah. Musim ini, Aguero bermain dalam Liga M3 manakala Tuck pula bersama Terengganu FC (TFC).

Difahamkan, Pahang tidak menawarkan lanjutan kontrak empat pemain import musim ini iaitu Dickson Nwakaeme dari Nigeria, Ivan Carlos (Brazil), Khalil Khamis (Lubnan) dan Adam Reed (Filipina) manakala pemain dari Perancis, Herold Goulon masih dikekalkan.

Menurut sumber, kuota pemain Asia dan Asia Tenggara kini turut menjadi tumpuan Pahang untuk mendapatkan pemain di posisi penyerang dan pertahanan.