Saya mahu tabur bakti kepada Kedah

Rasa cinta dan tanggungjawab terhadap negeri kelahiran serta negara membuatkan pengasas yang juga Pengerusi Eksekutif Flumen Holdings Sdn. Bhd., Ahmad Shaizuan Kamaruzzaman mahu terlibat dalam mengambil alih Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Menurut individu berusia 50 tahun itu, ketika ini niatnya cuma satu iaitu mahu berbakti kepada negeri Kedah yang disayangi menerusi sukan bola sepak yang menjadi antara ‘keg!laan’ rakyat negeri ini.

Dengan apa yang Allah SWT telah berikan, saya fikir inilah masanya untuk saya berbakti kepada negeri Kedah.

Selain meneruskan legasi bola sepak negeri, kita mahu lihat pemain-pemain Kedah dapat membantu mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negara seperti dilakukan legenda-legenda tanah air seperti Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan pemain seangkatan mereka.

“Itu jawapan jujur selaku anak jati Kedah di mana segalanya berkaitan dengan kasih sayang terhadap negeri. Tetapi dari satu sudut lain, langkah ini diambil kerana kami melihat bola sepak sebagai satu cabang yang boleh dimajukan dalam pelbagai aspek termasuk perniagaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Sebelum ini Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md. Nor mendedahkan, Flumen Holdings Sdn. Bhd. bersama Go Auto Group akan menubuhkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) bagi membeli 80 peratus saham Darul Aman FC (DAFC) Sdn. Bhd. yang kini dimiliki Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi menjadi pemilik pasukan KDA FC.

Menurut Muhammad Sanusi, pemilihan kedua-dua syarikat ini bersandarkan rekod dan potensi kewangan, perancangan pembangunan perniagaan bola sepak yang membawa nilai serta aktiviti pelaburan ber!mpak tinggi kepada negeri.

Mengulas lanjut, anak kelahiran Jitra itu berkata, secara keseluruhannya perbincangan antara kedua-dua pihak berjalan lancar dengan segalanya sudah berada di tahap akhir.

Secara dasarnya kita sudah 80 atau 90 peratus selesai dengan semua perkara dan uma ada beberapa isu teknikal yang memerlukan penelitian lebih mendalam termasuk struktur korporat.

Secara keselurahannya, saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor yang cukup prihatin serta memberi kerjasama dalam merealisasikan proses pengambil alihan ini.

Kita memiliki visi yang jauh tetapi secara ringkasnya, kita mahu meneruskan legasi dan menambah kegemilangan pasukan Kedah hingga peringkat tertinggi.

“Kita berbangga dan menghormati apa yang dilakukan JDT hingga berjaya ke ke peringkat Asia dan secara positifnya, kita cembvru pada benda yang baik itu serta bercita-cita mahu mencontohi nilai-nilai positif dilakukan di sana,” ujarnya.