Safiq Rahim Sah Tinggalkan Pasukan

Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) mengekalkan Zainal Abidin Hassan sebagai pengendali pasukan Melaka United Football Club (MUFC) bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata keputusan untuk melanjutkan kontrak Zainal Abidin dibuat kerana yakin dengan kemampuan beliau untuk meningkatkan pasukan pada 2021.

Pelantikan semula itu dilihat sebagai cabaran buat Zainal untuk meletakkan kejayaan buat pasukan walaupun skuad tidak menetapkan s@saran terlalu tinggi buat pengendali terbabit, katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff turut mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Saiful Mat Sapri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MUFC.

Katanya, pengurus pasukan musim ini, Muhammad Akram Abdullah juga akan terus diberi peranan bagi saingan 2021 manakala Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd menjadi penaja untuk skuad berkenaan.

Selain itu, beberapa pemain MUFC juga akan dikekalkan manakala selebihnya tidak disambung kontrak termasuk bekas pemain kebangsaan Safiq Rahim. Kita akan mengambil beberapa pemain berpengalaman bagi mengisi kekosongan, katanya.