Perak Umum Nama Baharu Pasukan

IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengesahkan nama pasukan Perak akan dikenali sebagai Perak FC selepas selesai proses penswastaan.

Timbalan Presidennya, Datuk Adly Shah Ahmad Tah bagaimanapun berkata pihaknya kini sedang menunggu keputusan kerajaan negeri untuk mengekalkan nama Perak yang dijangka selesai dalam masa terdekat.

Cuma sedikit masalah teknikal yang mana kegunaan nama Perak sudah diwartakan, ini bermaksud pasukan Perak harus membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menggunakan nama Perak.

Kita sudah membuat permohonan kepada kerajaan negeri, setahu saya memang tiada apa-apa masalah, Insya-Allah akan mendapatkan kelulusan, katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum menyokong usaha penjenamaan semula Perak FA daripada Gabungan Kelab-Kelab Penyokong Bola Sepak Perak (TBG MOBS) yang diserahkan Ketua Penerangan TBG MOBS, Mohd Jeffry Amin Abdul Hamid di Pejabat PAFA Perak di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden TBG MOBS, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi pula berkata, pihaknya mengalu-mengalukan dan menyokong keputusan PAFA dalam mengekalkan nama Perak.

Kami yakin dan percaya nama Perak dapat dikekalkan sinonim dengan sejarah yang dicipta pasukan selama ini, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *