Pengakuan sebenar dari rakan sepasukan Luqman

Jurulatih KV Kortrijk, Yves Vanderhaeghe mengakui Luqman Hakim Shamsudin memberikan pandangan pertama yang baik kepada dirinya sekali gus dia percaya betapa potensi pemain muda itu mampu digilap untuk terus berkembang dengan lebih besar.

Bercakap menerusi dokumentari #TheJourneyOfLuqie yang disiarkan laman rasmi pasukan itu, Vanderhaeghe menjelaskan dia tertarik dengan Luqman yang sentiasa terbuka dan bersemangat untuk meningkatkan dirinya walaupun baru berusia 18 tahun.

Katanya, KV Kortrijk sedang dalam proses untuk membentuk pemain itu dan membantu dia meningkatkan condition asasnya dalam perjalanan menjadi pemain yang lebih baik pada masa akan datang.

Kita menjalani ujian fizikal ke atasnya sebelum ini kerana kita mahu mengetahui sejauh mana catatannya.

Dia jelas tidak berada dalam keadaan yang terbaik pada masa itu, jadi sebab itulah dia diberikan program latihan individu.

Dia masih perlukan masa untuk menjadi pemain yang baik buat kita. Ketika ini, dia sedang menjalani latihan demi latihan demi latihan kerana kita mahu keadaan asasnya dapat dicapai pada tahap yang sepatutnya.

Kita jangka dia akan terus berkembang dan dia akan kerap berlatih bersama pasukan utama. Saya sangat yakin yang menjaringkan gol adalah salah satu daripada bakat terbesarnya selain kemampuan penyudahnya di hadapan gol, katanya.

Terdahulu, program latihan yang diberikan pasukan itu tampak mula membuahkan hasil selepas pemain itu sudah memperlihatkan perubahan fizikalnya.

Menerusi kemaskini gambar terbaharunya di Instagramnya, pemain itu tampak semakin ber0tot dan sado.

Sementara itu, rakan sepasukan Luqman, Loic Ritiere turut mengakui produk kelahiran Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu memiliki s3njata tersendiri yang dilihat mampu membantunya ketika beraksi di atas padang.

Dia sangat pantas dengan bola di kaki selain ada daya p3cutan yang bagus dan memiliki penyudah yang kemas.

Dia juga lincah apabila melihat bagaimana untuk membuat hantaran kepada rakan sepasukan, kata pertahanan kiri itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *