Pahang Syok Sendiri

KUALA LUMPUR: Keputusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang mengenakan penggantvngan dua tahun daripada sebarang aktiviti bola sepak kepada bekas pemainnya, Mohamadou Sumareh disifatkan sebagai satu tindakan syok sendiri.

Ini kerana peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid menjelaskan PBNP sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sedemikian sekali gus menyaksikan penggantvngan yang dikenakan ke atas Sumareh tidak boleh dikuatkuasakan.

Zhafri berkata, persatuan itu hanya boleh menggunakan Kod Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya isu membabitkan kes liga tempatan yang berada di bawah seliaan PBNP sahaja.

Apa yang dilakukan oleh PBNP itu tidak betul dan ultra vires di mana mereka membuat sesuatu di luar bidang kuasa PBNP. Hanya FAM yang boleh menggantvng mana mana individu daripada terbabit dengan bola sepak di negara ini.

Jawatankuasa Tatatertib PBNP hanya ada kuasa untuk menggantvng pemain yang bermain dalam liga seliaan PBNP misalnya kalau ada pemain yang beraksi dalam Liga Bolasepak Pahang.

Sumareh tidak bermain di dalam Liga Pahang, jadi PBNP tidak boleh menjatuhkan hukvman itu.

FAM pun tidak boleh menguatkuasakan penggantungan terbabit kerana Jawatankuasa Tatatertib PBNP tidak mempunyai sumber kuasa untuk menjatuhkan hukvman seperti yang dinyatakan.

Untuk kes penggantvngan, hanya badan induk kebangsaan iaitu FAM dan badan induk antarabangsa iaitu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sahaja ada kuasa, katanya.

Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib PBNP mengenakan penggantvngan dua tahun kepada pemain naturalisasi pertama negara itu selepas didapati bersalah melanggar terma kontrak dengan persatuan itu.

Pada sesi pendengaran perbicaraan kes Sumareh yang dipengerusikan Rizal Chek Hashim, sebanyak empat pertuduhan dikenakan terhadap Sumareh seperti yang dilaporkan oleh PBNP dan skuad Liga Super Pahang kepada jawatankuasa berkenaan.

Justeru, Rizal mengesahkan jawatankuasa itu mengenakan hukuman dua tahun penggantvngan daripada mengambil bahagian dalam aktiviti yang berkaitan dengan sukan bola sepak terhadap Sumareh bagi setiap pertuduhan namun semua hukvman dijalankan serentak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *