Masih Ada Sinar

Kota Bharu: Jodoh pengendali Kelantan FC, Yusri Che Lah bersama pasukan itu masih kuat apabila kontrak jurulatih itu akan disambung hujung bulan ini.

Perkara itu disahkan pemilik pasukan berkenaan, Norizam Tukiman apabila memaklumkan kontrak berkenaan akan ditandatangani sebaik mendapat template borang mengikut spesifikasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Norizam sebelum ini sudah memberi bayangan akan mengekalkan Yusri mengemudi pasukan dalam saingan Liga Malaysia 2020 meskipun sedang mengintai jurulatih baru sama ada ada dari dalam atau luar negara.

Kita sudah adakan perbincangan secara lisan dan hanya menunggu FAM keluarkan template borang yang sah mengikut syarat penswastaan pasukan.

Untuk jurulatih kita ada banyak, ada jurulatih fizikal, jurulatih kec3rgasan, jurulatih penjaga gol, pengarah teknikal, semuanya ini akan bergabung dengan Yusri kerana hasrat saya mahu jadikan pasukan Kelantan, pasukan terbaik, katanya ketika dihubungi.

Kontrak jurulatih daripada Perlis itu sepatutnya tamat November ini dan pernah beberapa kali melahirkan hasrat berundur susulan masalah tunggakan gaji.

Namun sejak Kelantan diambil alih Norizam, pemain dan pengurusan dilihat seakan mendapat s3mangat luar biasa apabila berjaya melayakkan diri ke Piala Malaysia.

Lebih manis, pasukan itu turut memecah rekod menang selepas dua tahun kalah di gelanggang Stadium Larkin, Johor apabila berjaya membenam pasukan Johor Darul Takzim II (JDTII), Jumaat lalu.

Norizam atau Zambuger berkata, dia juga melihat prestasi pemain semakin baik dan selesa dengan cara beliau mengendalikan pasukan berkenaan.

Katanya, sejak menjadi pemilik TRW pada 3 September lalu, dia tidak pernah ketinggalan melihat perlawanan pasukan dan bertindak membuat teguran sekiranya ada perkara yang perlu diperbetulkan.

Saya sudah lihat pemain memberi maklum balas yang baik kerana pemain saya terdiri daripada ubi muda, kalau ada yang perlu ditegur, saya tegur sebab walaupun tidak bermain bola tetapi saya pandai melihat bola, apa yang penting perbetulkan pemikiran.

Baik jurulatih atau pemain, saya tidak menjanjikan gaji yang besar sebaliknya hanya gaji kecil tetapi saya berikan elaun prestasi dan bonus kemenangan malah mungkin saham jika mereka berikan kemenangan, katanya.

Zambuger berkata, dia tidak mahu menunggu tempoh lama membentuk pasukan dan memberikan tempoh dua tahun untuk menjadikan pasukan TRW sebagai lima terbaik dan menjuarai setiap perlawanan kerana berhasrat mencipta sejarah sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *