Manchester United kecundang lagi

ISTANBUL: P3rtahanan rapuh menghvkum Manchester United apabila dikejutkan dengan kekalahan 2-1 kepada Istanbul Basaksehir dalam saingan Liga Juara-Juara pagi tadi.

Selepas cemerlang dalam dua aksi pertama Kumpulan H – menundukkan Paris Saint-Germain 2-1 dan membenam RB Leipzig 5-0, United gagal meneruskan rentak kemenangan.

Kekalahan itu hadir tiga hari selepas mereka tewas 0-1 kepada Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sekali gus meningkatkan lagi t3kanan Ole Gunnar Solskjaer.

Gol pertama Basaksehir menyerlahkan kepincangan pertahanan United apabila  Demba Ba yang menerima hantaran jauh membuat larian solo ke kawasan lawan yang kosong.

Hanya Nemanja Matic berada berhampiran bekas striker Chelsea itu, namun tiada apa mampu dilakukan untuk menghalang rembatan Ba seawal minit ke-12.

Biarpun menguasai permainan, namun p3rtahanan terbuka menghvkum United buat kali kedua apabila kapten Edin Visca menggandakan kedudukan 2-0 pada minit ke-40.

Anthony Martial memberi harapan buat Red D3vils dengan merapatkan jurang 1-2, tiga minit berselang.

Bagaimanapun kegagalan men3mbusi b3nteng Basaksehir pada babak kedua memberi kekalahan buat juara tiga kali itu.

Lawan mendapat gol selepas kami gagal bert@han dengan baik. Kami melepaskan dua gol mudah.

Sukar untuk berfikiran positif apabila kamu kalah dengan cara begini, kata pengendali United, Solskjaer. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *