Luqman, Arif Mungkin Dinaikkan Pangkat

Sekalipun ketiadaan Safawi Rasid, Liridon Krasniqi dan Junior Eldstal, keha­diran Luqman Hakim Shamsudin sekurang-kurangnya menyerikan skuad H@rimau Malaya.Penyrang KV Kortrijk itu bakal menyertai skuad senior negara buat pertama kali apabila dijangka tiba hari ini di Kuala Lumpur sebelum menjalani tempoh kuarintin selama tujuh hari.

Selain Luqman, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe juga tidak menolak kemungkinan untuk memanggil pemain muda dari Johor Darul Ta’zim , Arif Aiman Hanapi.

Untuk Luqman memang sudah ada dalam perancangan dan saya harap dia gembira untuk bersama pasukan negara. Kalau dia terlepas satu hari sesi latihan pun tidak beri kesan kepadanya.

Tentang Arif, dia sudah bermain tiga perlawanan berturut-turut bersama JDT dan barisan kejurulatihan sedang berbincang perkara itu memanggilnya. Dia merupakan pemain muda yang berpotensi besar untuk masa depan bola sepak negara, katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

TAN Cheng Hoe mungkin turut memanggil Arif Aiman Hanapi.
Bekas jurulatih Kedah itu juga kehilangan pilihan untuk memanggil Halim Saari dari Selangor, yang mengalami kece­draan (ACL), Selasa lalu.

Kem latihan skuad H@rimau Malaya akan berpusat di Johor, yang bakal bermula 22 hingga 30 Mac ini selepas setahun lebih mereka tidak bersama bagi persiapan untuk menghadapi baki tiga perlawanan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2020/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu.

Skuad bimbingan Cheng Hoe dijadual memulakan kempen dengan men3ntang tuan rumah, UAE pada 3 Jun, diikuti Vietnam (11 Jun) dan menutup saingan dengan berdepan Thailand pada 15 Jun.

Selepas mengharungi lima perlawanan, H@rimau Malaya kini menghuni tangga kedua Kumpulan G dengan sembilan mata, dua mata di belakang pendahulu, Vietnam dan Thailand di kedudukan ketiga dengan lapan mata.