Logo Baharu Kelantan Memang Padu

Pemilik TRW Kelantan FC, Tuan Norizam Tukiman membuat keputusan untuk memilih logo rekaan saudara Muhammad Afiff Hakimi Bin Anuar sebagai pemenang utama yang akan membawa wang tunai sebanyak RM3,000.

Melalui pengumuman di laman facebook pasukan itu semalam, logo tersebut dipilih antara yang terbaik dalam senarai 10 logo yang dipamerkan kepada para penyokong TRW Kelantan FC dan akan digunakan sebagai logo rasmi pasukan untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Peserta yang dipilih dalam senarai 10 logo ini turut menerima jersi eksklus!f oleh pihak TRW Kelantan FC dan pemilihan logo tersebut adalah muktamad serta akan diubahsuai mengikut citarasa pemilik kelab.

Logo Afiff Hakimi dipilih sebagai logo terbaik kerana rekaannya berjaya menunjukkan identiti sebenar pasukan Kelantan.

10 belang merah yang terdapat pada logo tersebut sinonim dengan warna bendera negeri Kelantan untuk menunjukkan 10 daerah yang bergabung menyokong kebangkitan pasukan bola sepak Kelantan.Pemilihan logo berbentuk perisai bulat pula melambangkan era baharu serta visi dan misi yang jelas serta utuh bagi menggapai kejayaan baharu.

Dua jalur separuh bulat yang terdapat dalam perisai seakan sedang berpusing melambangkan pasukan ini tidak akan mudah menyerah malah mengatur strategi yang lebih baik men3ntang pasukan lawan.

Jika anda perhatikan logo tersebut, terdapat dua bintang di atas dan ia melambangkan perpaduan antara penyokong dan pasukan bola sepak Kelantan. Selain itu, lilitan emas ditepinya pula melambangkan Kelantan dibawah naungan sistem beraja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *