Lee Tuck beri Amaran

Kuala Terengganu: Arkitek pasukan Terengganu FC (TFC), Lee Tuck meletakkan harapan yang tinggi skuadnya mampu menjadi pencabar utama dalam saingan Piala Malaysia yang dijadualkan bermula 6 November depan.

Kapten berd@rah campuran Malaysia-England berusia 32 tahun itu menegaskan mom3ntum kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir menjadi tonik berharga buat pasukannya dalam pentas piala edisi ke-99 itu.

Pemain kelahiran Halifax, England itu juga menjelaskan prestasi terbaik daripada semua pemain tempatan dan import bakal menjadi senjata ampuh terutama selepas mengakhiri Liga Super di tempat ketiga.

Kami perlu lebih bersedia menghadapi saingan Piala Malaysia yang berformatkan kalah mat! berikutan pandemik C0vid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia.

Satu kesilapan akan membawa p@dah tersingkir awal, tapi keyakinan kami semakin baik selepas memperagakan aksi menakjubkan dalam tiga perlawanan terakhir liga, malah corak permainan pasukan kami juga bertambah baik, ini sesuatu yang positif, kata Tuck yang mula beraksi dengan pasukan TFC sejak 2018.

Ketika ditanya adakah pasukannya perlu melakukan r0mbakan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang lebih mencabar, Tuck berpandangan terserah kepada barisan jurulatih untuk merencana strategi, namun akui skuadnya sudah bersedia.

Pada saya kami tidak perlukan sebarang perubahan yang drastik untuk memperkuatkan pasukan kerana TFC sudah cukup bagus di setiap posisi walaupun pada permulaan liga pertahanan kami agak lemah dan sering kali bolos.

Namun kini pertahanan kami semakin baik dan kembali kukuh tanpa bolos dalam beberapa perlawanan, manakala jentera s3rangan juga sudah banyak mencipta peluang untuk menghasilkan jaringan.

Begitu juga pemain yang beraksi di bahagian tengah berjaya memainkan peranan masing-masing.

Saya percaya jika kami semua mengikut perancangan yang diterapkan barisan jurulatih, pasti kami mampu melangkah lebih jauh lagi dalam saingan kali ini selepas terkandas pada peringkat suku akhir musim lalu, kata Tuck.

Musim ini TFC mengakhiri liga di tempat ketiga dengan mengumpul 19 mata berbanding musim lalu di kedudukan ke tujuh liga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *